Peluang kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membina kerjaya yang boleh dijadikan sandaran masa hadapan.

Bagi lepasan SPM yang mungkin masih tercari-cari arah seterusnya, adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan suruhanjaya ini kerana di dalamnya terdapat banyak peluang kerjaya yang mungkin sesuai dengan anda.


Jika anda seorang individu yang memiliki kriteria seperti cepat dan tepat bertindak, berintegriti, kreatif, produktif, taat kepada organisasi dan memiliki sifat sedia membantu, maka anda mungkin antara individu yang layak berada dalam kumpulan sokongan 2 dengan menjawat jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17, Kementerian Luar Bandar & Wilayah Malaysia.

Difahamkan sehingga artikel ini ditulis, terdapat 29 kekosongan jawatan yang disebutkan di atas dengan 60 tempat simpanan ( reserve ).

Permohonan baru dibuka sehingga 26 Mac 2015, ( Khamis ) sebelum jam 12 malam. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi SPA. Bagi calon yang telah pernah memohon sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula dengan syarat permohonan terdahulu masih dalam tempoh laku ( 5 tahun ).

Tiada sebarang urusan -surat menyurat  atau penghantaran resume diperlukan kerana semuanya berlaku atas talian , secara online.

Calon yang menepati syarat dan layak untuk jawatan tersebut akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Bagi mengetahui syarat-syarat kelayakan, bidang tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17, serta jumlah gaji yang ditawarkan, anda bolehlah mendapatkan info lanjutnya di sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post