Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lebih  dikenali ramai  sebagai SPA bakal menganjurkan satu kursus iaitu Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam  untuk sepanjang tahun 2015 ini bermula pada bulan ini ( April ) untuk mereka yang berminat memilih sektor awam sebagai kerjaya masa hadapan.

Kursus ini merupakan transformasi SPA bagi membantu calon-calon yang berminat untuk melakukan persediaan awal dalam menghadapi urusan peperiksaan, assessment center  dan  sesi temuduga.

Tiada syarat khusus dinyatakan bagi  menyertai  Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan ini. Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia,para  pencari pekerjaan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

Para peserta hanya dinasihatkan berpakaian kemas, manakala nota modul juga disediakan. Menariknya, penyertaan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Bagi mengetahui jadual atau tarikh kursus mengikut lokasi, anda bolehlah mendapatkannya di sini.

Sepanjang kursus tersebut diadakan, peserta akan didedahkan kepada 2 modul kursus. Antara modul kursus yang akan digunakan dalam kursus tersebut ialah modul :
  • Proses Permohonan Pekerjaan dan peperiksaan Dalam Talian
  • Tips dan Panduan Menghadiri  Pusat Penilaian Kompetensi , Pemeriksaan Fizikal dan Temuduga.

Di sini  saya sertakan satu contoh paparan modul pemeriksaan fizikal bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli pasukan bomba dan penyelamat sebagai panduan awal.  photo 294012be-366d-4cab-a725-1b86b3f64ce6_zpsmf6g2qxl.png Untuk melihat paparan modul ini sepenuhnya, sila klik di sini.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut bagi kusus ini,  anda boleh menghubungi pihak urusetia  melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian di bawah :

Encik Zainal Bin Ein               : 03-8885 6055
Encik Hasrolnizam bin Jahya : 03-8885 6062
Cik Siti Amirah binti Amran  : 03-8885 6459

1 Comments

  1. Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
    Merkur 15C Safety Razor casinosites.one - https://deccasino.com/review/merit-casino/ Merkur - 15C 출장안마 for Barber Pole wooricasinos.info is the aprcasino perfect introduction to the Merkur Safety Razor.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post