Program Asrama 1 Malaysia ( A1M ) adalah  satu program dibawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) yang menempatkan murid-murid daripada pelbagai latar bangsa dalam satu asrama mengikut konsep 1 Malaysia.

Objektif A1M adalah menjurus
kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti  kepada agama,budaya, adat resam dan kepercayaan . Di A1M, murid berpeluang tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan matlamat A1M ini, anda boleh bacanya di sini.

Untuk permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 & 4 ke Asrama 1 Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia 2015, syarat-syarat memohon ada disertakan di bawah ini.

Syarat-syarat Permohonan 

  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan   Khas dan Kelas Aliran Agama).
  6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
  7. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor adalah bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

  • Sijil lahir pemohon / kad pengenalan                      
  • Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014  (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)           
  • Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
  • Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
  • Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian  KPM selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.

Keputusan permohonan ke A1M ini adalah muktamad dan status permohonan para pemohon akan
dimaklumkan melalui surat.

Anda boleh muat turun borang permohonan A1M  ini  melalui pautan berikut.








Post a Comment

Previous Post Next Post