Akhir-akhir ini, ramai yang berasa keliru dengan penggunaan kata ' baru ' dan  ' baharu '. Bukan sahaja dalam kalangan murid, malahan para guru terutama mereka yang bukan daripada pengkhususan Bahasa Melayu turut sukar membezakannya.

Di sini, diterangkan secara ringkas beza antara baru dan baharu . Juga saya sertakan beberapa contoh ayat melibatkan penggunaan dua
kata berkenaan bagi memudahkan pemahaman pihak yang berkenaan.

Baharu

Bermaksud sesuatu yang tidak buruk, tidak lama, belum pernah atau belum lama terpakai kerana dijaga atau dipelihara dengan baik.
Kata ‘baharu’ digunakan untuk memzahirkan sifat atau adjektif.

Berikut ini ,3 contoh ayat menggunakan kata ‘baharu’ .

1. Basikal baharu abang itu dihadiahkan oleh emak sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-16.
2. Kasut sukan baharu Aiman berharga RM175.00.
3. Setiap kali menjelang lebaran, ibu tidak pernah lupa membelikan baju baharu untuk kami adik beradik.

Baru

Kata ini merujuk kepada masa atau waktu, iaitu belum berapa lama lagi, sesudah, tidak lama sebelum ini dan lain-lain lagi yang bermaksud serupa dengannya.

Berikut pula, 3 contoh  ayat dengan penggunaan kata ‘ baru’ di dalamnya.

1. Encik Amri baru sahaja tiba dari London awal pagi tadi.
2. Kereta yang baru dibeli ayah semalam sudah pun dicuri orang.
3. Baru-baru ini, kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.

Diharapkan dengan penjelasan ringkas serta beberapa contoh ayat mudah di atas, akan dapat membantu anda melihat dan memahami beza antara ‘baru’ dan ‘baharu’ dengan lebih pantas.

8 Comments

  1. Terima kasih . .Jelas dan ringkas

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cg atas perkongsian yg amat jelas ini🤗

    ReplyDelete
  4. TQ,baru jelas perbezaan perkataan Baru dan Baharu

    ReplyDelete
  5. Jelas dan terperinci penerangan mengenai perbezaan perkataan Baharu dan Baru..

    ReplyDelete
  6. Jadi..ayat no.2
    Kereta BAHARU yang BARU dibeli ayah semalam sudah pun dicuri orang..

    Boleh ke mcm ni?

    ReplyDelete
  7. Kereta BAHARU yang BARU dibeli ayah...

    betul x ayat gini cikgu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post