Khas kepada ibu bapa prihatin tetapi mungkin keliru atau tidak tahu bagaimana untuk membantu anak-anak dalam menjawab Bahagian A , iaitu membina 5 ayat atau memindahkan maklumat daripada sumber grafik ke dalam bentuk teks, Panduan Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan UPSR - Bahagian A
ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu.
ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu.
Cara menjawab atau membina jawapan yang betul penting agar jawapan yang diberi oleh calon dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh guru atau pemeriksa kertas .
Sebenarnya pendekatan yang digunakan oleh guru dalam melatih murid menjawab bahagian ini ada kemungkinannya sedikit berbeza, bergantung kepada kefahaman, kursus atau pendedahan yang mereka terima. Namun Insya-Allah, apa yang dinyatakan di sini tidak akan lari jauh dari pendekatan yang digunakan oleh mana-mana guru Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa Melayu UPSR.
Bagi memudahkan kefahaman, grafik atau gambar tunggal di bawah ini akan dijadikan sebagai bahan contoh. Langkah-langkah yang disenaraikan di bawah adalah langkah-langkah atau pendekatan yang biasa digunakan oleh guru sewaktu mengajar bahagian ini.
Langkah-langkah menjawab soalan Bahagian A Kertas 2 Penulisan Bahasa Melayu UPSR :
Langkah-langkah menjawab soalan Bahagian A Kertas 2 Penulisan Bahasa Melayu UPSR :
- Membaca arahan untuk mengenalpasti kehendak soalan , sama ada berkaitan aktiviti atau situasi ( suasana ).
- Menggariskan kata kunci atau petunjuk dalam soalan
- Meneliti gambar atau grafik untuk mengenalpasti idea keseluruhan ( idea atau perlakuan yang tersurat sahaja )
- Membulatkan & menomborkan gambar aktiviti atau perbuatan
- Mencatat kata kerja yang bersesuaian ( pada gambar ) bagi menerangkan aktiviti atau perbuatan.
- Membina ayat lengkap dan gramatis ( kebiasaannya dengan memasukkan kata nama, kata kerja,kata sendi , kata hubung atau lain-lain yang bersesuaian )
Contoh Jawapan :
- Encik Kamarul dan keluarganya pergi berkelah di tepi pantai.
- Isterinya, Puan Muna membentangkan tikar sebagai alas tempat duduk mereka.
- Anak perempuannya membantu mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa.
- Puan Muna menghidangkan makanan manakala Encik Kamarul membaca akhbar sambil memantau keselamatan anak-anaknya yang sedang mandi di gigi pantai.
- Selepas mandi-manda mereka menjamu selera dengan menikmati bekalan yang dibawa.
Nota :
Kata nama : Encik Kamarul, Puan Muna, anak perempuan, pantai, tikar, akhbar
Kata kerja : berkelah, membentangkan, duduk, membantu,mengeluarkan, dibawa, membaca,
memantau, mandi, menjamu, menikmati
Kata sendi : di, dengan
Kata hubung : dan, sambil, manakala
Demikian sedikit panduan bagaimana cara untuk menjawab Bahagian A kertas 2 penulisan Bahasa
Melayu UPSR.Diharapkan ia berguna kepada para ibu bapa. Manakala kepada para guru Bahasa
Melayu yang mungkin ada melayari halaman ini, komen atau teguran kalian dialu-alukan untuk
membantu saya memperbaiki kelemahan diri
Demikian sedikit panduan bagaimana cara untuk menjawab Bahagian A kertas 2 penulisan Bahasa
Melayu UPSR.Diharapkan ia berguna kepada para ibu bapa. Manakala kepada para guru Bahasa
Melayu yang mungkin ada melayari halaman ini, komen atau teguran kalian dialu-alukan untuk
membantu saya memperbaiki kelemahan diri
Post a Comment