Soalan : Bincangkan langkah -langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memupuk  minat                       membaca dalam kalangan kanak -kanak.

Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-kanak

Kegemaran membaca adalah amalan yang banyak mendatangkan faedah. Justeru, kanak -kanak harus diberi bahan -bahan bacaan yang bermutu , menarik dan menghiburkan mereka.
Sikap gemar membaca seharusnya ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah. Tabiat membaca ini harus dilakukan pada bila -bila masa. Misalnya, pada waktu petang, selepas waktu pejabat, atau pada waktu malam. Lama -kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan kanak -kanak.

Untuk menarik minat kanak -kanak supaya membaca, ibu bapa haruslah membeli bahan -bahan bacaan yang bermutu. Bahan bacaan tersebut mestilah sesuai dengan tahap pemahaman kanak -kanak. Buku cerita yang menarik pula dapat dijadikan hadiah hari jadi. Hal ini lebih menguntungkan mereka daripada membazirkan wang membeli barang mainan.

Di samping itu, ibu bapa perlu membawa anak -anak ke perpustakaan ,pameran, atau kedai buku. Lawatan ini akan memberikan pengalaman yang baik kepada anak -anak. Secara tak  langsung ia dapat membantu memupuk sikap suka membaca dalam diri mereka.

Oleh yang demikian, minat itu perlu dipupuk dalam kalangan kanak -kanak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, kalau hendak meluntur buluh biarlah ketika rebungnya. Minat membaca akan menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu pengetahuan.


2 تعليقات

إرسال تعليق

أحدث أقدم