Soalan : Bincangkan langkah -langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak -kanak.
Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-kanak
Kegemaran membaca adalah amalan yang banyak mendatangkan faedah. Justeru, kanak -kanak harus diberi bahan -bahan bacaan yang bermutu , menarik dan menghiburkan mereka.
Sikap gemar membaca seharusnya ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah. Tabiat membaca ini harus dilakukan pada bila -bila masa. Misalnya, pada waktu petang, selepas waktu pejabat, atau pada waktu malam. Lama -kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan kanak -kanak.
Untuk menarik minat kanak -kanak supaya membaca, ibu bapa haruslah membeli bahan -bahan bacaan yang bermutu. Bahan bacaan tersebut mestilah sesuai dengan tahap pemahaman kanak -kanak. Buku cerita yang menarik pula dapat dijadikan hadiah hari jadi. Hal ini lebih menguntungkan mereka daripada membazirkan wang membeli barang mainan.
Di samping itu, ibu bapa perlu membawa anak -anak ke perpustakaan ,pameran, atau kedai buku. Lawatan ini akan memberikan pengalaman yang baik kepada anak -anak. Secara tak langsung ia dapat membantu memupuk sikap suka membaca dalam diri mereka.
Oleh yang demikian, minat itu perlu dipupuk dalam kalangan kanak -kanak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, kalau hendak meluntur buluh biarlah ketika rebungnya. Minat membaca akan menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu pengetahuan.
Pendahuluan tu mcm dh masuk isi
ردحذفReally useful essay.
ردحذفإرسال تعليق