Antara info kesihatan yang menarik untuk dikongsikan hari ini ialah berkenaan cendawan shitake yang dikatakan mampu menjadi penyembuh kanser serviks , satu penyakit yang paling ditakuti wanita selain kanser payudara.

Kajian mendapati Virus Human Papilloma (HPV)
merupakan salah satu virus yang banyak menyerang manusia.

Virus  tersebut bukan sekadar mudah menyerang, malah ia mampu menyebabkan jangkitan pada kulit dan penularan penyakit -penyakit  berbahaya yang lain seperti kanser serviks, mulut dan tengkorak. 

Menurut seorang pengkaji daripada Universiti Texas, Amerika Syarikat - Judith Smith, walaupun pelbagai penawar ditemui dapat merawat penyakit tersebut, namun kajian terbaharu mendapati, cendawan shitake lebih efektif dalam merawat penyakit kanser serviks.

 


“ Cendawan shitake mempunyai zat kimia unik iaitu AHCC yang berupaya meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah pertumbuhan tumor . Ia bukan sahaja mampu mencegah kanser yang disebabkan oleh HPV tetapi juga dikatakan mampu membunuh HPV dalam masa 90 hari,” jelasnya.

Bagaimanapun, ujar Smith, individu tidak perlu bimbang kerana AHDC merupakan supplemen nutrien yang selamat digunakan dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan terhadap organ di dalam tubuh.

Sumber : Jurnal Kesihatan KOSMO!

Post a Comment

Previous Post Next Post