Tarikh peperiksaan – peperiksaan yang penting untuk pelajar sekolah rendah dan menengah seperti UPSR, PTT3 dan SPM semakin hampir. Adakalanya apabila masa semakin suntuk, calon mudah menjadi panik serta tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.
Tidak kira berapa banyak masa yang tinggal, anda sebagai calon harus bertenang. Cuba amalkan beberapa panduan mudah ulangkaji menjelang peperiksaan seperti di bawah :
- Sediakan senarai pendek tajuk –tajuk yang dipelajari
Buat satu senarai pendek semua tajuk yang dipelajari yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Kemudian bahagikan tajuk –tajuk itu mengikut masa yang ada serta tentukan masa yang diperuntukkan bagi setiap tajuk. Ini penting bagi membantu anda mengenal pasti berapa banyak tajuk yang masih belum dapat dikuasai sepenuhnya. Ini juga dapat membantu anda melakukan pecutan sementara masa masih ada.
- Belajar secara berkumpulan
Bagi segelintir pelajar, belajar secara berkumpulan lebih berkesan berbanding belajar secara bersendirian. Perbincangan berkumpulan bukan sahaja menjimatkan masa malah membantu setiap ahli kumpulan perbincangan itu untuk saling melengkapi kekurangan dan kelemahan rakan - rakan dengan mengunakan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri masing –masing.
Kredit : GOOGLE SEARCH |
- Belajar dan membuat latih tubi
Belajar dan membuat latih tubi dalam kumpulan dapat mengurangkan rasa bosan dan meningkatkan motivasi jika ada daripada ahli yang hilang semangat atau menghadapi masalah.
- Lakukan latihan secara konsisten
Latihan yang konsisten dapat membantu anda memberi perhatian terhadap bab atau tajuk yang belum dapat dikuasai. Latih tubi yang konsisten dapat menjimatkan masa kerana anda boleh memberi penekanan terhadap tajuk- tajuk yang masih lemah.
- Jawab koleksi soalan tahun lepas
Biasakan diri menjawab soalan tahun - tahun lepas. Kenal pasti tajuk - tajuk atau soalan yang popular, kerap ditanya atau kerap keluar. Kadang kala terdapat trend soalan berulang yang ditukar sedikit sahaja bentuk dan ayatnya. Dapatkan soalan percubaan dari negeri lain. Kebanyakannya anda boleh dapati ianya dengan mudah di internet.
- Cari tempat yang selesa
Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk membuat ulang kaji sama ada di rumah, perpustakaan atau sekolah namun jika tempat - tempat yang disebutkan agak kurang selesa bersabarlah dan jangan jadikan ia sebahagian daripada tekanan serta menjadi punca kegagalan anda dalam peperiksaan. Jadikanlah ia sebagai cabaran.
- Bertanya jika tidak faham
Usah pendamkan kemusykilan atau kekeliruan anda tentang sesuatu topik. Bertanyalah pada guru atau rakan - rakan yang lebih menguasai topik tersebut. Usah segan untuk bertanya pada guru tentang soalan - soalan ramalan yang mungkin akan keluar. Pencerahan bagi sesuatu isu atau tajuk yang kurang jelas perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu dengan segera. Ini bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kekeliruan maklumat sebaik menjelang peperiksaan. Usah turutkan rasa malu dan menunggu sehingga saat - saat akhir untuk bertanya kerana ini hanya akan menambahkan tekanan.
- Fokus kepada subjek yang berkait dengan cita - cita
Pada saat - saat akhir peperiksaan beri penekanan terhadap subjek yang menjurus kepada cita - cita dan melayakkan diri mengikuti kursus yang diminati. Untuk itu anda boleh dapatkan khidmat nasihat atau pandangan daripada kaunselor kerjaya atau guru yang berkaitan dengan subjek tersebut.
- Tangguhkan segala bentuk hiburan buat sementara
Pada ketika yang suntuk sebegini lakukankanlah pengorbanan. Lupakan buat seketika kegemaran anda melayari komputer,bermain game, atau bersosial di laman Facebook atau Twitter berjam-jam lamanya. Tinggal kan aktiviti yang melalaikan buat sementara demi kejayaan masa depan untuk jangka masa panjang biarpun semua subjek sudah dapat dikuasai dengan baik. Penuhi masa yang ada untuk mengulang dan mengimbas kembali apa - apa yang dibaca supaya ia kekal dalam ingatan.
- Jaga kesihatan diri
Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam yang boleh meredakan stress. Dapatkan tidur yang secukupnya serta makan makanan yang seimbang bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh serta kecerdasan minda menjelang peperiksaan. Walau bagaimanapun hentikan buat sementara sukan ekstrem yang lasak dan mendedahkan diri kepada kecederaan.
- Menjaga hubungan
Berkomunikasilah dengan baik antara ibubapa, rakan - rakan dan guru - guru bagi mengelakkan kecederaan emosi yang boleh member tekanan. Dapatkan kemaafan daripada ibubapa, guru - guru dan rakan - rakan untuk membantu anda berlapang dada dan berasa tenang menjelang hari peperiksaan. Apa yang penting jaga hubungan dengan tuhan untuk mendapatkan rahmat dan keberkatan.
- Ulang kaji mengikut jadual peperiksaan
Menjelang hari - hari peperiksaan lakukanlah ulang kaji subjeksu - bjek mengikut jadual peperiksaan. Sebagai contohnya lakukanlah ulang kaji subjek Sains jika keesokannya akan berlangsung peperiksaan kertas Sains. Begitulah juga dengan subjek - subjek lainnya.
Post a Comment