MUET yang dikendalikan di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Malaysian Examinations Council ( MEC ) adalah ringkasan kepada Malaysian University English Test yang mana ia adalah satu bentuk peperiksaan yang diwajibkan ke atas mana-mana pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bagi peringkat Ijazah Pertama.
MUET
mula dilaksanakan buat kali pertama pada tahun 2012 dan sehingga kini tidak menetapkan apa-apa syarat kelayakan kepada pelajar untuk mendudukinya. Walau bagaimanapun , pelajar yang hendak mendudukinya akan dikenakan bayaran yuran MUET sebanyak RM100.
mula dilaksanakan buat kali pertama pada tahun 2012 dan sehingga kini tidak menetapkan apa-apa syarat kelayakan kepada pelajar untuk mendudukinya. Walau bagaimanapun , pelajar yang hendak mendudukinya akan dikenakan bayaran yuran MUET sebanyak RM100.
Peperiksaan MUET
dijalankan sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan
November dengan 4 kertas peperiksaan yang semuanya wajib dijawab oleh para
calon.
4 Kertas atau modul MUET yang perlu diduduki oleh semua
calon MUET ialah :
Kertas 1 : Listening ( 800 / 1 )
Kertas 2 : Speaking ( 800 / 2 )
Kertas 3 : Reading ( 800 / 3 )
Kertas 4 : Writing ( 800 / 4 )
Pendaftaran menduduki peperiksaan MUET boleh dibuat secara dalam
talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my
atau http://online.mpm.edu.my/ untuk
mengetahui cara membuat pendaftaran.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang persoalan bagaimana
untuk menukar pusat ujian, membuat pembetulan ejaan nama, nombor kad pengenalan
atau sebarang maklumat diri, cara menyemak keputusan, cara membuat rayuan
semakan semula keputusan dan pelbagai persoalan lain berkaitan MUET, anda bolehlah
terus klik ke pautan ini.
Di bawah ini juga disertakan Jadual Peperiksaan MUET bagi Tahun 2016 untuk rujukan calon-calon MUET.
Post a Comment