Makanan ringan merupakan makanan yang amat digemari oleh kanak- kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepek kentang, dan gula- gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di mana- mana sahaja.

             Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya dikurangkan . Iklan- iklan ini akan mempengaruhi kanak- kanak untuk membeli makanan ringan tersebut. Oleh hal demikian, iklan yang disiarkan telah memperdaya kanak- kanak dengan fakta yang tidak tepat.


Sumber : GOOGLE
                  Selain itu, lazimnya makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia berbahaya. Bahan kimia ini terbukti boleh merosakkan sistem saraf seseorang.

             Dari segi kesihatan, kebanyakan proses penyediaan makanan ringan tidak tejamin kebersihannya. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, terdapat kes- kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan.

             Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kehidupan kanak- kanak kerana cara pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, dengan setiap pembelian ada tawaran hadiah permainan yang disukai oleh kanak- kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran.

              Kesimpulannya, kita perlu mencegah kanak- kanak daripada makan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik untuk tumbesaran kanak- kanak. Kesedaran ini perlu dipupuk  dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa sendiri.  Kanak-kanak juga perlu dididik agar mereka sedar dan memahami kesan buruk  makanan ringan.

Post a Comment

أحدث أقدم