Menyandang gelaran seorang guru, merupakan satu cabaran berat berbanding menjadi seorang guru pada zaman dahulu. Berkembangnya pendidikan, menyebabkan skop atau bidang tugas menjadi lebih luas. Tugas dan peranan terus bertambah. Sebagai manusia biasa, guru juga berdepan dengan tekanan ..
Sekadar buat pembakar semangat, catatan di bawah ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu rakan guru untuk bergerak seiring arus, agar kita sama-sama menjadi lebih kuat .
Sekadar buat pembakar semangat, catatan di bawah ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu rakan guru untuk bergerak seiring arus, agar kita sama-sama menjadi lebih kuat .
*** Peribadi Guru Cemerlang ***
Sikap yang positif
Keupayaan untuk melihat situasi dan orang daripada sudut yang positif
Paras tenaga yang tinggi
Bertenaga serta mempunyai stamina untuk bekerja keras dan tidak mundur
Kemesraan
Penampilan diri yang menarik orang kepadanya
Intergriti
Dipercayai, tabiat baik dan kukuh, kata – kata dan perbuatannya seiring
Bertanggungjawab
Sentiasa menyempurnakan tugas, tidak memberi alasan, tugas yang diberi sentiasa selesai.
Imej kendiri yang baik
Berasa yakin pada diri sendiri, pada hidup dan orang lain
Tenaga mental
Keupayaan untuk terus belajar seiring dengan penambahan tugas
Daya kepimpinan
Berpengaruh ke atas orang lain
Daya kepengikutan
Bekerja dalam pasukan dan menuruti ketua
Tiada masalah peribadi
Urusan peribadi, rumah tangga dan kehidupan terus rapi
Kemahiran interpersonal
Keupayaan menawan orang dan mengembangkan potensi mereka
Unsur kecindan
Mesra dan mudah berjenaka
Daya ketahanan
Berupaya untuk bingkas semula bila berdepan masalah
Rekod yang baik
Mempunyai kejayaan dan pengalaman
Daya keinginan yang tinggi
Sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan potensi diri
Disiplin diri
Bersedia untuk berkorban dan menangani kegagalan
Kreatif
Berupaya untuk mencari penyelesaian dan merungkai masalah
Keanjalan
Tidak gentar untuk merubah, cair, mengalir mengikut perubahan organisasi
Melihat secara menyeluruh
Berupaya untuk melihat secara total dan melepasi kepentingan diri
Intuisif
Boleh meramal dan merasai sesuatu tanpa data yang konkrit
إرسال تعليق