Merupakan satu senario biasa dalam kehidupan masa kini apabila setiap lepasan sekolah, kolej mahupun universiti untuk segera mencari pekerjaan sebaik saja mereka tamat pengajian.
Namun, mencari kerja yang diidam-idamkan sesuai dengan minat, kecenderungan dan kelulusan bukanlah satu perkara mudah memandangkan terlalu ramai cerdik pandai lulusan dalam dan luar negara yang masih menganggur dan bersaing sesama sendiri untuk merebut peluang pekerjaan.
Ditambah pula dengan kebanjiran tenaga kerja asing, menyebabkan ramai majikan lebih senang memilih dan menggajikan mereka kerana faktor upah yang lebih rendah berbanding sumber tenaga kerja tempatan yang dikatakan lebih 'demand'.
Tips pilih kerjaya di bawah ini mungkin perlu dipraktikkan bagi mengatasi masalah tiada kerja.
- Jangan terlalu memilih
Jika ia pekerjaan pertama dan anda terdesak , maka janganlah terlalu memilih . Jika pekerjaan itu boleh membawa peningkatan kerjaya , walaupun bermula sebagai kerani , terimalah tawaran itu . Ia penambah nilai untuk pengalaman kerja anda.
- Rajin bertanya tetapi jangan terlalu jual mahal
Lazimnya , bagi mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam sesuatu bidang akan ditawarkan dengan gaji dan ganjaran yang lumayan .Tidak salah untuk bertanya bakal majikan tentang tawaran gaji , manfaat dan bidang tugas . Ia penting supaya anda tidak menyesal pada kemudian hari . Namun , jangan terlalu jual mahal sehingga mengubah persepsi bakal majikan terhadap anda.
- Belajar tentang pekerjaan dan syarikat
Sebelum menghadiri temuduga , baca dan selidik latar belakang syarikat tersebut . Selain itu , kenal pasti juga prospek kerjaya yang ditawarkan syarikat tersebut.
- Jangan beri janji manis
Disebabkan anda terlalu mahukan pekerjaan itu , anda membuat pelbagai janji manis yang sukar ditunaikan . Ikhlas dan bercakap benar tentang kemampuan diri sendiri adalah lebih baik.
- Sedia belajar
Jika anda ditawarkan sesuatu tugas baharu dan tidak mempunyai pengalaman tentangnya , tunjukkan minat untuk belajar dan meningkatkan diri . Sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai tugas itu.
Tunjukkan minat terhadap pekerjaan anda dengan hadir awal ke temuduga . Jika dipilh bekerja , tunjukkan momentum yang sama khususnya sewaktu mesyuarat.
- Buat keputusan muktamad
Sekiranya,syarikat berkenaan menawarkan sesuatu pekerjaan kepada anda , ambillah sedikit ruang untuk berfikir sebelum menerimanya . Kalau anda mengambil keputusan menerima pekerjaan tersebut , jangan bimbang kerana setiap kerjaya mempunyai cabaran tersendiri dan anda pasti boleh melakukannya.
إرسال تعليق